MAHASISWI

ok . isi borang dulu . daftar kolej . TUN HASAN . bilik 207 . masuk bilik je da ada roomate . NADIRA . orang kelate . dia ambil katil 2 tingkat yang bawah . ada katil single kosong . hehe . aku cop la katil tu . 1 bilik 3 orang . tak lama lepas tu, 1 lagi roomate datang . WAJIHAH . orang sarawak . dia last , so terpaksa la ambil yang katil atas tu . ok . aku pon keluar dengan akak , abg faqar nak sarapan . lepas sarapan balik kolej semula . angkat barang . abang faqar yang angkat kan . maceh . da siap angkat, aku kemas la bilik tu sorang2 . roomates lain pergi mana entah . pergh ! bersin aje . berhabuk gila . yaya dapat tingkat 1 . aku suruh saing daftar . tapi dia daftar dulu . yaya datang bilik aku . tolong kemas kan barang sekali . maceh . da siap kemas, datang la roomate dari kelantan tu . aku pon bla g bilik yaya . sebab family dia ramai kot ~ petang tu students kene kumpul kat bawah . lepas tu pergi DEWAN TAMING SARI . ada sikit taklimat . bermula lah sesi MINGGU DESTINI SISWA [ MDS ] selama seminggu . best la sangat ! [ perli ] tidur 3 jam je . bangun 4 pagi . dengar kuliah subuh . jalan kaki jauh . tak mandi 1 hari . duduk dengar taklimat je kerja nya . ngantuk yang teramat la sangat . nak tidur tak boleh . kang PM selaku pemimpin MDS ambil video students tidur . tapi makan free . tu yang best . hehehe . naik kg aku MDS ni .


kawan baru yang sama gila otak . aina dengan daya . 

ni masa subuh , elak ngantuk . menyenap la kitorang


 nasib la ada yaya . tak ada la kesunyian aku di sini


para PM kami buat persembahan





tu kolej tun hasan

jumaat da habis da MDS . sedih la jugak . da tak dengar PM bising . PM comel2 . 
ni PM MURNI . dia punya ceramah jumaat , tersayat hati . dia sangat la sayang kat students perempuan . terserlah naluri penyayang dia .

ni PM yang jaga saf solat perempuan . garang wei . tapi sweet je sebenarnya .



 ni abang besi . paling popular antara PM lelaki . 

 penghuluwati PM 

 ni PM AKIM yang pandai buat beatbox . smart gila dia buat . 

 ni yang tak ada sound . tapi yang panjang punya lagi best .

yang tinggi teramat tu PM ICAD , selaku pengurus ICT . lagi sorang tu PM nta . afi panggil dia KOSONG yang suka buat gwiyomi . sb muka dia macam kosong lawak kampus . layan kan je la ~


10 jun 2013 , aku mula kan kehidupan sebenar sebagai mahasiswi UiTM alor gajah , Melaka 


lihatlah ini time table . isnin la yang paling best kepenatan nya . sampai malam pula tu . jumaat lagi la . kalau nak balik kampung halaman mesti sampai malam . sobing

sekarang da start melabur duit . makan nak kene bajet . mak kata makan je . 1 hari RM15 pon tak apa . aku ye kan je la . memang tak beli buku la kalau aku belanja makan sebanyak tu . buku pon bukan rm5 .  puluh2 . nasib la puluh . kalau ratus ? hhmmmmm ~ ikat perut ler gamak nye . 

harap la sangat aku boleh survive kat sini . jangan culture shock sudah . homesick pon sikit je . setakat rindu makan sama2 dengan ayah ibu . chiki hensem kat rumah mesti rindu aku . ibu kata ibu rindu aku . ibu letak teddy bear kat katil aku . aku cover je kalau call ibu . aku risau kan ayah . ayah sakit . nasib ada zizi yang hantar ayah pergi hospital . alahai ~ bila la nak kerja . asyik susah kan duit ayah mak je aku ni . mia belajar betul2 !

ha ~ asgment da panggil . kau ado ?

aku dapat kelas MAC1101D . tak sama dengan yaya , diego . tapi classmates aku ramai johor . dapat pula duduk sebelah dengan orang pontian jugak . kawan nad karim . boleh tahan la classmates aku . da la 21 orang je . laki 4 orang je . 

anything happened for a reason