Kek Batik

wani : petang awak free ?
aku : free ~ mengapa ?

di sini bermula penggembaraan kita ! wani plan nk wat kek batik . aku on je . pkul 3 amek wani dgn yaya kat uma, pastu shoping kat econsave . habis shoping, balik uma wani, terus mula kan plan kami . 

bahan2 nya ialah :

1 butter cup
serbuk koko
coklat masak
milo
1 tin susu pekat manis ~ santan kelapa muda
1 pack biskut marie

aku tak berani nak letak telur sebab tak pernah try

cara2 nya :

letak kan 1 butter cup, serbuk koko 2 sudu besar, 4 bar coklat masak, 1/2 pack kecil milo, 1 tin susu pekat manis 
boleh adjust kuantiti bahan2 tersebut mengikut citarasa [ aku main masuk je , ikut naluri memasak ]
panas kan bahan2 sekali gus . kacau sepanjang masa . kalau tak nanti dia berketul2 . 
lepas semua dah sebati , slow kan api , masuk kan biskut marie yang dah dipecah kan . 
gaul kan semua sampai la rata ~
selepas itu, masuk kan dalam bekas, mampat kan !
sejuk kan dalam peti ais sampai la dia keras ~

SIAP !