LAIN


hari itu balik dengan penuh kerinduan
hari ini menulis dengan penuh ketabahan

''cepat lah MGT. cepatlah FAR. aku tak sabar nak balik ni''
''cepatlah bas. 1/8 hari tunggu bas. TEKSI!''
x pe lah melayang sikit duit. demi rindu

''kau nk tau tak. aku balik je ......''
keluhan berat. sakitnya beban
ibu mesti masak sayur labu masak lemak :))))))
''lauk apa ada kat uma? bedal la. tapau kan. aku seharian x makan''
seleranya nak makan makanan rumah. masakan ibu
tapi dapat nya masakan orang lain.
tak apa lah. ngidam jugak ketupat kambing ayam

''kau kat mana?! ish''
''duduk belakang!'' arah abang
''eh! ayah!''
salam. kucup tangan tua ayah.
 ibu mana ?

masuk kereta. wow! pelahap betul anak dara seorang ayah ni
menikmati dan menahan.
kenapa lain?

''mia dah dekat mana?''
''mia dekat Bukit Indah ibu''
''cakap abang jangan bawak kereta laju2''
manja dan menahan.
kenapa lain?

pulang.
kakak
abang faqar
danish
firas
adam
emy
kak mas
along
abang an
irfan
isyraq
irsyad
zizi
ayah
ibu?

naluri ini benar
lain

banyak nya sarapan!

ibu?
ibu balik?
--setiap kali ibu keluar/balik rumah, ibu mesti masuk bilik. cari aku dulu.
mengejar yang di dapur. seorang lagi wajah tua yang di rindu
rindu gembira seronok dan menahan.
kenapa lain?




ibu?
--nape ibu tak cari aku?
perginya tidak diberitahu
sedih dan menahan
kenapa lain?

ini kalau semua balik
kalau zizi je?

''kau balik melaka naik apa? aku kene balik sabtu.''
''aku balik ahad. zizi hantar''

laksa pineng . laksa johor
sedapnya ~ ~ ~
walau perut dah kenyang. aku habiskan jugak laksa2 ni.
tak nak ayah kecil hati.
lepas tu macam ular sawa.

''mia, masak mia. lapar ni''
bab masak ni yang aku lemah. nak masak apa ni?
panas kan lauk yang ada.
telur dadar . sayur . sambal belacan .

''tambah lagi. sedap pulak sambal belacan mia''
seronok ayah selera makan. tak pernah ayah tambah banyak kali macam ni.
ayah makan macam mana bila ayah sorang2 kat rumah?
tak kan makan kedai je. siapa nak jaga makan minum ayah?
ayah pon ada pantang makan.
melihat senyumannya. insya-Allah ayah sihat.
terharu dan menahan.
kenapa lain?

''mia. ngidam kek batik''
azam ni ngidam pulak ~ ~ ~
''nanti buatlah kek batik untuk fitri sekali'' suruh ayah
''ayah. esok tak payah beli sarapan eh. mia buat spageti''

menahan dan meluap bebanannya
kenapa lain?

1mangkuk besau kau spageti sape nak abes kan?
''bekalkan ibu. masuk dalam bekas. terus hantar kat ibu. ibu nak makan ubat''

''mia balik sekolah pagi esok pukul berapa?''
''tak tahu lagi ibu. siap kemas terus gerak pagi ni''
''naik apa?''
''zizi hantar. ibu. nah sarapan ibu.
--ibu. nah. ni spageti mia buat untuk ibu. ibu makan ae.

dengan ibu sendiri aku tak mampu nak cakap lama.
kekok.
apa yang dirancang untuk diluahkan tak mampu diucap
sedih dan masih lagi menahan
kenapa lain?

sarapan nuget. spageti abes licin badigol zizi abeskan
nasi. telur goreng. cili hiris. kicap.
bekal untuk makan malam kat bilik

sepanjang perjalanan
termenung dan menahan
kenapa lain?
seumur hidup aku kali ini sangat lain.

makan malam bekal dari rumah
kali ini memang aku tak mampu untuk menahan
biarlah lepas.
lepas sekadar untuk tenang sementara

bukan kerana aku tidak faham
semua nya sudah lama hadam
aku yang kecil
tak layak untuk membantah
hanya sama menanggung apa yang di rasa

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA
setiap dugaan yang berlaku pasti akhir dengan bahagia.
sabarlah wahai hati
kuatkan dinding usangmu
jangan jatuh dengan tanpa izinNYA