skip to main |
skip to sidebar
Love In Silent
cukup cintai dia dalam diam..
cukup cintai dia dari kejauhan..
cukup cintai dia dengan kesederhanaan..
cukup cintai dia dengan keikhlasan..
cukup aku menjaga hati ini dengan mendoakannya..
kerana aku tidak tahu rencana Tuhan sebagaimana..
kerana aku tidak ingin meraih cinta dirinya..
melebihi cinta ku kepada pencipta-Ku..
aku tidak ingin cinta yang hadir ini..
bisa membuat aku terleka..
kerana ku tahu hati ini mampu dibolak-balikkan..
aku tak sanggup serahkan cinta ini..
kepada insan yang ku cintai..
kerana ku tahu hati ini dimiliki..
dan pemiliknya adalah Allah swt..
Ya Allah izinkanlah aku membahagiakannya..
walaupun dari kejauhan..
Ya Allah aku memohon kepada-Mu..
agar cinta yang hadir ini menjadi cinta yang halal..
buat diriku yang mencintainya dengan diam..